Polisi Pemulangan (MY)
b.k. November 2026
- Rujukan Polisi
- :
- MY-RETPOL-2026-02
- Pemilik Polisi
- :
- Pegawai Undang-Undang
- Diluluskan Oleh
- :
- Lembaga Pengarah
- Tarikh Berkuat Kuasa
- :
- November 2026
- Kekerapan Semakan
- :
- Tahunan
- Entiti Berkenaan
- :
- iMotorbike World Sdn. Bhd. (MY)
- Penyelarasan Kawal Selia
- :
- Akta Perlindungan Pengguna 1999 | Akta Kontrak 1950
Kegunaan Polisi
Polisi Pemulangan ini hanya terpakai kepada pelanggan runcit yang membeli Motosikal secara langsung daripada iMotorbike. Ia tidak terpakai kepada pembelian yang dibuat melalui pengedar pihak ketiga, unit lelongan, atau kenderaan yang dijual "seadanya" tanpa jaminan.
Polisi ini hanya terpakai selama enam (6) hari dari tarikh penghantaran atau penyerahan Motosikal (termasuk tarikh penghantaran, selepas ini dirujuk sebagai "Tempoh Pemulangan"). Polisi ini hanya terpakai kepada Pembeli yang mempunyai pemilikan dan kawalan penuh ke atas Motosikal yang tidak diubah suai semasa Tempoh Pemulangan.
Untuk mengelakkan keraguan, sebarang permintaan pemulangan yang dibuat selepas tempoh Tempoh Pemulangan tamat tidak akan dilayan dalam apa jua keadaan.
Dokumen dan Aksesori
Sila pastikan kesemua dokumen dan aksesori Motosikal teresbut yang diperlukan (termasuk kad pendaftaran Motosikal, polisi insurans, dan cukai jalan) hadir pada masa Motosikal dipulangkan di Premis kami. Kegagalan berbuat demikian boleh membatalkan kelayakan anda daripada memulangkan Motosikal.
Kondisi Motosikal
Motosikal tersebut mestilah berada dalam kondisi yang sama seperti yang dinyatakan dalam Laporan Pra-Penghantaran Motosikal tersebut.
iMotorbike mempunyai hak untuk memeriksa Motosikal atas permintaan untuk memulangkan Motosikal. Jika keputusan pemeriksaan menunjukkan sebarang percanggahan antara keadaan seperti yang dinyatakan dalam Laporan Pra-Penghantaran Motosikal dan keadaan semasa Motosikal ("Percanggahan"), anda hendaklah sama ada (a) membetulkan Percanggahan dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh dimaklumkan tentang Percanggahan tersebut atau (b) membenarkan iMotorbike untuk membetulkan Percanggahan dan kos pembetulan tersebut ("Kos Pembetulan") akan ditolak daripada jumlah bayaran balik Motosikal.
Polisi Pemulangan ini tidak terpakai kepada Motosikal yang telah diubah suai atau diubah daripada syarat yang dinyatakan dalam Laporan Pra-Penghantaran Motosikal tersebut.
iMotorbike berhak untuk menolak sebarang permintaan pemulangan sekiranya, pada pendapat munasabahnya, Motosikal menunjukkan tanda-tanda penyalahgunaan, kerosakan akibat kemalangan, pengusikan, pembaikan tidak dibenarkan, pengubahsuaian, atau apa-apa keadaan lain yang menjadikan Motosikal berbeza secara ketara daripada keadaan asal semasa penghantaran dan/atau bertentangan dengan keperluan di bawah Polisi ini dan/atau atas sebarang sebab yang difikirkan sesuai oleh iMotorbike.
Anda bertanggungjawab ke atas risiko dan kondisi Motosikal tersebut yang akan dikembalikan sehingga ia sampai ke premis iMotorbike. iMotorbike tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan pada Motosikal sebelum Motosikal diterima oleh kami.
Penalti dan Denda
Sebarang bayaran letak kereta tertunggak, denda lalu lintas, penalti dan/atau saman ("Penalti") yang ditanggung oleh anda apabila Motosikal berada di bawah hakmilik dan/atau pegangan anda hendaklah diselesaikan sepenuhnya oleh anda sebelum memulangkan Motosikal tersebut. Anda hendaklah menanggung rugi dan terus memberi kami ganti rugi sepenuhnya, pada bila-bila masa sebelum dan selepas pemulangan Motosikal, untuk semua permintaan, tuntutan, liabiliti, denda, kerugian, kerosakan, kos dan perbelanjaan apa sahaja yang mungkin timbul daripada atau berkaitan dengan sebarang tindakan, keingkaran, kelewatan, peninggalan atau ketidaksembahan di pihak anda berkenaan dengan Motosikal.
Perbatuan
Peningkatan perbatuan semasa Tempoh Pemulangan mestilah tidak melebihi 300 kilometer.
Tidak Boleh Dipindah Milik
Hak pemulangan dan bayaran balik di bawah Polisi ini adalah hak peribadi Pembeli asal dan tidak boleh dipindahkan kepada mana-mana pemilik atau pemegang Motosikal yang seterusnya.
Proses Pemulangan
Untuk memulakan Proses Pemulangan Motosikal, tersebut, anda boleh menghubungi kakitangan jualan iMotorbike yang bertanggungjawab ke atas penjualan Motosikal kepada anda atau talian hotline kami atau melawat Kedai Pameran dimana anda mengambil Motosikal untuk memulakan Proses Pemulangan.
Pemprosesan bayaran balik akan bermula selepas pemeriksaan dan penerimaan Motosikal yang dikembalikan.
Permohonan bayaran balik anda akan mengambil masa sebanyak lima (5) hari bekerja untuk diproses. Setelah permohonan bayaran balik telah diluluskan, jumlah bayaran balik ditolak potongan bayaran selepas jualan (seperti yang dinyatakan dalam Klausa 8) akan dibuat ke akaun bank anda, tertakluk kepada pelepasan, penyelesaian proses sewa beli penyandang dan garis masa pemprosesan dalaman bank (sekiranya ada).
Jika Motosikal anda telah ditukar beli sebagai sebahagian daripada transaksi Motosikal ini, anda tidak akan menerima Motosikal tukar beli tersebut kembali. Walau bagaimanapun, kami akan memasukkan nilai tukar beli Motosikal tersebut sebagai sebahagian daripada jumlah bayaran balik anda.
Bayaran balik hanya akan dibuat melalui pindahan bank ke akaun berdaftar Pembeli. Tiada bayaran balik secara tunai akan dilayan.
iMotorbike tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan bayaran balik yang disebabkan oleh maklumat bank yang tidak lengkap diberikan oleh Pembeli, isu pemprosesan antara bank, atau institusi kewangan pihak ketiga.
Potongan Bayaran Balik
Walau apa pun perkara di atas, anda akan menerima jumlah bayaran balik yang dikurangkan selepas ditolak sebarang bayaran selepas jualan seperti jumlah perbezaan untuk penghantaran, premium Insurans Motor, yuran Cukai Jalan, yuran Pemprosesan, caj faedah penyelesaian Institusi Kewangan (jika ada), Penalti (jika ada), dan Kos Pembetulan (jika ada).
iMotorbike berhak mengenakan caj pentadbiran sebanyak RM150.00 (Seratus Lima Puluh) untuk memproses pemulangan dan bayaran balik, yang boleh ditolak daripada jumlah bayaran balik ("Fi Pemprosesan").
Umum
Terma Polisi ini tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa dan tanpa sebarang notis lanjut.
Sebarang keputusan yang dibuat oleh iMotorbike berkaitan pemulangan dan/atau bayaran balik Motosikal adalah muktamad dan mengikat. iMotorbike berhak untuk membuat pengecualian dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya.
Polisi Pemulangan ini akan ditadbir oleh dan ditafsir mengikut undang-undang Malaysia, dan sebarang pertikaian yang timbul di bawahnya hendaklah tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah di Malaysia.