- iMotorbike boleh merekod keadaan motosikal semasa penyerahan, dan pelanggan mesti mengeluarkan semua barang peribadi dan berharga.
- iMotorbike boleh menolak perkhidmatan bagi motosikal yang tidak selamat, tidak sah atau tidak mematuhi peraturan.
- Sebut harga adalah anggaran sahaja; tiada pembaikan bermula tanpa kelulusan pelanggan, dan caj diagnosis boleh dikenakan jika pembaikan ditolak.
Terma & Syarat Express Service
Kemaskini Terakhir: 17 Disember 2025
- Rujukan Dokumen
- :
- MY-TNC-EXP-2025-01
- Pemilik Dokumen
- :
- Pegawai Pematuhan
- Diluluskan Oleh
- :
- Lembaga Pengarah
- Tarikh Berkuat Kuasa
- :
- 17 Disember 2025
- Kekerapan Semakan
- :
- Tahunan
- Entiti Berkenaan
- :
- iMotorbike World Sdn. Bhd. (MY)
- Penyelarasan Kawal Selia
- :
- Akta Perlindungan Pengguna 1999 | Akta Kontrak 1950 | Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
PENYERAHAN SERVIS
iMotorbike boleh merekod keadaan motosikal semasa penyerahan.
Pelanggan hendaklah mengeluarkan semua barang peribadi dan berharga dari motosikal. iMotorbike tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan, atau kecurian barang peribadi atau barangan berharga yang ditinggalkan pada motosikal, sama ada semasa pemeriksaan, pembaikan, penyimpanan, atau ujian jalan.
iMotorbike berhak untuk menolak perkhidmatan bagi motosikal yang tidak selamat, tidak sah atau tidak mematuhi peraturan.
iMotorbike boleh merekod, mengumpul, dan memproses maklumat peribadi Pelanggan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) dan Polisi Perlindungan Data iMotorbike sendiri, semata-mata bagi tujuan pelaksanaan, pengurusan, dan penambahbaikan penyediaan perkhidmatan.
DIAGNOSIS & APPROVAL / DIAGNOSIS & KELULUSAN
iMotorbike akan memberikan anggaran kos dan tempoh siap selepas pemeriksaan motor tersebut.
Semua sebut harga adalah indikatif sahaja; caj akhir mungkin berbeza bergantung kepada kerja sebenar.
Tiada pembaikan akan dimulakan tanpa kelulusan jelas daripada pelanggan, sama ada secara lisan, bertulis, atau digital.
Caj diagnosis boleh dikenakan jika pelanggan memilih untuk tidak meneruskan pembaikan.
SERVICES / PERKHIDMATAN
iMotorbike hendaklah menyediakan perkhidmatan berikut:
Penyelenggaraan, pembaikan, pemeriksaan, dan diagnostic.
Penukaran minyak dan penapis
Pemeriksaan sistem brek dan elektrik
Servis tayar
Penukaran bateri
Penukaran sproket dan rantai
Penukaran palam pencucuh
Basuhan dan detailing motosikal
Semua perkhidmatan hendaklah dilakukan menggunakan alat ganti, bahan habis pakai, dan bahan lain yang dibekalkan sepenuhnya oleh iMotorbike, dimana caj buruh termasuk seperti yang dinyatakan.
ALAT GANTI & BAHAN
Alat ganti hendaklah baharu, OEM, tulen atau aftermarket mengikut ketersediaan dan arahan pelanggan, dan hendaklah dibekalkan sepenuhnya oleh iMotorbike; pelanggan tidak dibenarkan menyediakan alat ganti sendiri.
Bahan habis pakai hendaklah dicaj mengikut penggunaan.
Semua alat ganti hendaklah kekal milik iMotorbike sehingga bayaran penuh diterima.
Alat ganti yang ditanggalkan hendaklah dilupuskan kecuali Pelanggan secara jelas meminta untuk dikembalikan.
PAYMENT / PEMBAYARAN
Semua caj hendaklah dibayar dalam Ringgit Malaysia (RM) dan termasuk cukai yang berkenaan. Bayaran boleh dibuat secara tunai, pemindahan bank, kad kredit, kad debit, atau melalui rakan BNPL pilihan iMotorbike.
Sekiranya diperlukan, iMotorbike berhak meminta deposit untuk kerja besar atau alat ganti tempahan khas.
Bayaran penuh hendaklah dibuat sebelum motosikal diserahkan kepada Pelanggan.
WARRANTY / JAMINAN
iMotorbike akan memberikan waranti terhad sebanyak tujuh (7) hari hendaklah digunakan untuk mutu kerja dan waranti pengilang masing-masing ke atas alat ganti yang ditukar.
Jaminan tersebut tidak hendaklah meliputi alat ganti haus & lusuh, disalah guna, kemalangan, ubah suai tanpa kebenaran, atau kerosakan tidak berkaitan.
Pelanggan akan memberikan iMotorbike resit perkhidmatan asal untuk memulakan sebarang tuntutan waranti.
Jaminan terbatal jika motosikal diservis di tempat lain selepas iMotorbike.
UJIAN JALAN
Pelanggan memberi kebenaran kepada iMotorbike untuk menjalankan ujian jalan jika perlu bagi penyediaan servis termaktub di sini.
iMotorbike tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang isu yang timbul daripada kerosakan sedia ada semasa ujian jalan.
TANGGUNGJAWAB PELANGGAN
Pelanggan hendaklah mendedahkan semua masalah mekanikal dan ubah suai yang diketahui.
Pelanggan hendaklah memastikan petrol mencukupi untuk ujian. Pengisian semula petrol motosikal boleh dilakukan oleh iMotorbike jika perlu, dan semua kos yang ditanggung hendaklah dibayar oleh Pelanggan.
Pelanggan hendaklah membuat semua pembayaran untuk perkhidmatan, alat ganti, dan bahan habis pakai seperti yang ditetapkan dalam Terma & Syarat ini.
Sebarang penghantaran motosikal ke atau dari iMotorbike hendaklah diatur dan ditanggung oleh Pelanggan.
TURNAROUND TIME / TEMPOH SIAP
Tempoh siap adalah anggaran sahaja dan tidak dijamin.
iMotorbike tidak akan bertanggungjawab terhadap kelewatan disebabkan ketersediaan alat ganti atau faktor teknika. Walau bagaimanapun, iMotorbike akan memaklumkan Pelanggan dengan segera setelah mendapat maklumat bahawa tempoh siap akan tertunda.
LIABILITY / LIABILITI
iMotorbike tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan barang peribadi, aksesori, atau barangan berharga yang ditinggalkan pada motosikal.
Kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, iMotorbike tidak akan bertanggungjawab ke atas kerugian tidak langsung atau berbangkit yang didakwa atau terbukti disebabkan oleh perkhidmatan yang diberikan di sini.
Liabiliti maksimum hendaklah terhad kepada jumlah caj servis yang dibayar untuk pembaikan tersebut.