DYNAFLEX: Bahanapi Baharu Daripada Shell

SHELL LANCAR BAHAN API BAHARU
Dicipta khusus untuk kebersihan serta efisinsi enjin

(Daripada Siaran Media Shell Malaysia)

 

Please click here for the English version

 

  • Dipertingkatkan dengan teknologi DYNAFLEX, bahan api terbaharu Shell ini diformulasi untuk membantu memastikan enjin kekal bersih dan dilindungi agar enjin berjalan lancar[1]
  • Lebih 300 orang pemandu di Malaysia antara yang pertama mengambil bahagian dalam kaji selidik pemanduan Shell di seluruh dunia. Kajian ini bertujuan untuk memahami bagaimana kondisi pemanduan boleh memberi tekanan ke atas emosi, tingkah laku dan prestasi pemandu dengan lebih baik.
 

8 Mei 2017, St. Regis Kuala Lumpur – Shell Malaysia hari ini melancarkan bahan api terbaharunya yang dicipta untuk efisiensi enjin[2].  Bahan api baharu yang direka untuk digunakan pada kenderaan baru dan lama kini sudah boleh didapati di semua stesen minyak Shell di seluruh negara. Formulasi baharunya mengandungi teknologi DYNAFLEX yang dicipta untuk memastikan enjin sentiasa bersih dan dilindungi agar enjin berjalan lancar.

Bahan api baharu Shell ini merupakan hasil penyelidikan dan pembangunan selama lebih lima tahun serta puluhan ribu jam, untuk membantu meningkatkan kecekapan perjalanan pelanggan kami. Dicipta menggunakan teknologi baharu DYNAFLEX, bahan api Shell ini adalah bahan api termaju kami[3]. Ini menyokong matlamat Shell dalam memberikan perjalanan kehidupan yang lebih baik kepada pemandu.

Shairan Huzani Husain melancarkan bahanapi baharu

“Kami meletakkan pelanggan sebagai keutamaan dalam apa jua yang kami lakukan. Kami mahu memastikan perjalanan hidup mereka lebih mudah tanpa perlu bimbang mengenai keadaan kereta ketika berada di atas jalan raya. Matlamat bahan api terbaharu Shell adalah untuk membersih dan melindungi enjin kereta, sekali gus menjadikannya lebih efisien1 bagi membantu anda menikmati perjalanan. Kami percaya ia bukan sekadar tentang destinasi, tetapi perjalanan juga yang tidak kurang pentingnya,” kata Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain.

Bahan api Shell mengandungi teknologi DYNAFLEX yang membantu membersih dan melindungi komponen-komponen penting sistem bahan api seperti injap pengambilan dan/atau penyuntik bahan api daripada pembentukan deposit yang boleh menjejaskan prestasi enjin. Ia memastikan enjin kekal bersih dan dilindungi untuk operasi yang lebih efisien1. Teknologi unik DYNAFLEX untuk enjin diesel juga telah dibangunkan. Ia mengandungi molekul ’dirt busting’ baharu untuk enjin yang bersih dan efisien1. Bahan api baharu itu sudah boleh didapati di stesen-stesen minyak Shell di seluruh negara mulai hari ini. Ia juga boleh dibeli oleh para pelanggan industri dan pemilik kenderaan komersial menerusi saluran B2B Shell.

Mae Ascan membuat demonstrasi bahapi baharu

“Kami harap pengguna akan merasai manfaat bahan api baharu yang dipertingkatkan dengan DYNAFLEX, teknologi terkini kami danmenikmati perjalanan yang lebih lancar,” tambah Shairan.

 

Kaji Selidik Pengesanan Emosi Shell Malaysia

Komitmen Shell terhadap penyelidikan bukan sekadar enjin dan kenderaan sahaja. Malah, Shell turut mengumumkan hasil kaji selidik terunggul yang dijalankan untuk memahami pengguna Malaysia dengan lebih baik. Kaji selidik itu menggunakan teknologi ‘wearable’ dan aplikasi peranti mudah alih terkini. Memantau lebih 2,500 perjalanan di Kuala Lumpur, kaji selidik tersebut mendapati purata kelajuan hanyalah 14.5 km/j, sekali gus meningkatkan tekanan ke atas enjin kenderaan dan pemandu.

Dengan kerjasama Goldsmiths, University of London, kaji selidik itu menggunakan kombinasi peranti pengesan emosi yang boleh dipakai bersama teknologi chatbot dan GPS dari aplikasi Shell Motorist yang bersertakan maklumat cuaca dan trafik untuk mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh tentang apa yang dihadapi oleh pemandu di atas jalan raya.

Pengarah Inovasi di Goldsmiths, University of London, Dr. Chris Brauer berkata, “Apa yang unik tentang eksperimen pemanduan ini adalah kami boleh memantau pemandu sepanjang perjalanan mereka pada setiap hari. Melihat kepada pemandu di Malaysia, kita dapat tahu bahawa biarpun kondisi pemanduan yang sukar disebabkan oleh kesesakan trafik, mereka tetap bertahan dan bijak dalam pemanduan. Kami juga mendapati bahawa pemilihan gaya hidup yang seimbang merangkumi nutrisi dan hidrasi berkait rapat dengan pemanduan berprestasi paling tinggi.”

Menurut Shairan lagi, “Kami teruja untuk menjadi antara yang pertama di dunia yang melancarkan bahan api baharu Shell dan menjadi peruncit bahan api pertama di Malaysia yang menjalankan kaji selidik ini untuk memahami para pemandu dengan lebih baik. Kami tahu bahawa memandu memberi tekanan kepada pemandu dan enjin. Jadi, kami mahu menggunakan hasil kaji selidik ini untuk membangunkan dan mencipta produk, perkhidmatan serta inisiatif yang dapat memenuhi keperluan para pelanggan kami. Kami yakin ini adalah satu langkah ke hadapan untuk perjalanan hidup yang lebih baik.”

“Kami mahu ada di sana bersama para pelanggan apabila mereka mengunjungi stesen dan masuk ke dalam kedai kami; sama ada mencari tempat untuk berehat atau menyegarkan diri. Kami mahu orang ramai Go Well dengan Shell,” kata Shairan.

 

Keberkesanan Bahapi Shell Dynaflex

[1] Membantu membersih dah melindungi komponen-komponen penting sistem bahan api seperti injao pengambilan dan/atau penyuntik bahan api daripada pembentukan deposit yang boleh menjejaskan prestasi enjin. Kesan dan manfaat sebenar mungkin berbeza bergantung kepada jenis kenderaan, kondisi dan gaya pemanduan. Layari laman web shell.com.my/fuels untuk maklumat lanjut.

[2] Kesan dan manfaat sebenar mungkin berbeza bergantung kepada jenis kenderaan, kondisi dan gaya pemanduan. Layari laman web shell.com.my/fuels untuk maklumat lanjut.

[3] Layari laman web shell.com.my/fuels untuk maklumat lanjut.

Back to top